Hi! Welcome Back and Stay Tune! Burger Malaysia Kini Terkenal Di Kota New York! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Burger Malaysia Kini Terkenal Di Kota New York!



BURGER adalah antara makanan simple yang diminati semua lapisan masyarakat. Jadi, tidak hairanlah banyak restoran segera yang menyelitkan burger sebagai menu wajib mereka.

Namun, tidak semua orang memilih burger dari restoran makanan segera, sebaliknya lebih memilih burger jenis biasa yang lazim dijual di gerai mahupun warung di tepi jalan.

Tetapi tahukah anda kini burger Malaysia atau lebih dikenali dengan nama ‘Burger Ramly’ sedang popular di New York, Amerika Syarikat?

Ya, burger yang disaluti telur itu kini makin mendapat tempat di hati penduduk di sana apabila Insider Food memuat naik video mengenai ‘burger special‘ itu di laman sosialnya.

“Di Malaysia, kami biasanya memanggil burger tersebut sebagai Burger Ramly, tapi di sini kami panggil burger gaya Malaysia,” kata pemilik The Malaysian Project, Calvin Leong kepada Insider Food dalam satu laporan video yang disiarkan mereka.

Namun, burger ini tidak menggunakan penambah perasa Maggi dan sos cili yang selalu digunakan di Malaysia, sebaliknya mereka menggunakan rempah kari, mayonis pedas serta sos Worcestershire.

“Ia pedas, sedap dan dipenuhi banyak perasa umami (manis, masam dan masin) serta dibungkus. Saya makan burger ini sejak kecil. Burger ini boleh didapati di mana-mana di Malaysia,” tambah Calvin lagi.

Kumpulan The Malaysian Project telah menjual burger special itu dengan harga AS$12 atau kira-kira RM51 di beberapa tempat sekitar bandar raya New York.

Menurut Insider Food, The Malaysian Project banyak terlibat dalam kebanyakan festival yang diadakan di New York City. Burger ini juga malah boleh didapati di Pasar Malam Queens di sana.

Siapa kata makanan Malaysia tidak boleh dibanggakan? Tengok sahaja permintaan yang tinggi terhadap burger ini di sana.

Disebabkan makanan Malaysia jugalah ada orang asing yang dari luar negara sanggup datang tinggal di Malaysia seperti Rhys William, seorang blogger makanan yang kini menetap di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gsqCvS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.