Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elak dirakam CCTV, dua penyamun menyorok di belakang gegantung iklan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elak dirakam CCTV, dua penyamun menyorok di belakang gegantung iklan

KEMAMAN, TERENGGANU - Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kedai alat telekomunikasi di sebuah kompleks beli belah, berjaya ditahan, awal pagi tadi. 
Dalam kejadian jam 12.53 pagi di Kompleks Kemaman Central Point, dua suspek yang bersenjatakan pisau dapur dan batang besi, menceroboh masuk ke dalam kompleks tersebut dengan memotong selak mangga pintu salah satu pintu masuk bangunan berkenaan.
Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua suspek berkenaan cuba melindungi diri dengan 'bunting iklan' ketika menuruni eskalator dari dikesan pengawal keselamatan yang memantau rakaman CCTV. 
Bagaimanapun, tindakan dua suspek itu mengundang padah apabila kehadiran mereka disedari pengawal keselamatan yang kemudian menghubungi pihak polis. Dengan bantuan dari polis, pihak pengurusan Center Point dan bersama dengan beberapa orang awam segera mengepung bangunan tersebut. 
Menurut sumber yang memuat naik gambar dan video kejadian itu di Facebooknya berkata, ketika mereka cuba menahan dua lelaki itu, salah seorang daripadanya cuba melibas batang besi ke arah mereka, namun sempat mengelak.



Dua suspek itu akhirnya berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber Elak dirakam CCTV, dua penyamun menyorok di belakang gegantung iklan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kZYdil

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.