Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acara Sushi Bogel Cetus Kemarahan Orang Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acara Sushi Bogel Cetus Kemarahan Orang Ramai

Sebuah acara ‘Sushi Bogel’ di Hong Kong telah dibatalkan ekoran menerima kecaman daripada warga laman sosial yang menyifatkan majlis itu bersifat seksis di samping menjadikan wanita sebagai simbol seks. Restoran Fang Fang sepatutnya menjalankan “Japanese Cabaret Brunch Party” dengan menampilkan hiburan dari Nyotaimori Tokyo.

BACA: Dikecam Kerana Guna Perkataan ‘Dara’

Menurut South China Morning Post, bufet yang sepatutnya berjalan selama tiga jam itu menampilkan seni makanan 100 tahun yang dikenali sebagai “nyotairmori” atau menyusun makanan di atas tubuh wanita.

Ia melibatkan orang ramai menikmati sushi yang dihidangkan di atas tubuh wanita atau dalam sesetengah kes, di atas tubuh lelaki.

Warga laman sosial melabelkan acara itu sebagai mempromosikan seksisme dan seharusnya aktiviti itu diharamkan.

Pengasas Vines dan Terrior, Valentin Maurel menjelaskan acara itu hanya mahu menghidupkan semula tradisi negara itu di samping mengetengahkan kesenian makanan.

“Seni sememangnya dipalit kontroversi,” kata Maurel.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dibidas warga laman sosial yang berkata:”Hanya kerana ia berlandaskan tradisional tidak bermakna ia sesuatu yang baik.”

Difahamkan, kecaman dan kritikan dilontarkan orang ramai di laman sosial telah sampai ke telinga restoran tersebut yang bertindak membatalkan acara kontroversi itu.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan kami membuat keputusan untuk membatalkan acara ini kerana kami tidak berniat untuk menjadikan wanita sebagai simbol negatif,” menurut kenyataan dikeluarkan restoran terbabit.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Apa Korang Hantar Pada Kami!



✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCaCOI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.