Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tawar seks kepada polis, wanita 51 tahun didenda RM4,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tawar seks kepada polis, wanita 51 tahun didenda RM4,000

Mahkamah majistret Kuala Lumpur mengenakan denda RM4,000 atau empat bulan penjara terhadap seorang wanita kerana menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis. — Foto oleh Yusof Mat IsaMahkamah majistret Kuala Lumpur mengenakan denda RM4,000 atau empat bulan penjara terhadap seorang wanita kerana menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 19 Okt — Seorang wanita tempatan berusia 51 tahun didenda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Majistret di sini hari ini kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di kaki lima sebuah kedai pakaian di sini, dua hari lepas.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Moy Lan selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu.

Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling, di sini, pada jam 10.40 malam, Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. 

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, gagal membayar denda itu.  

Terdahulu, ketika diminta mengemukakan rayuan oleh Zuhair, tertuduh hanya menggelengkan kepalanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh. — Bernama



Sumber Tawar seks kepada polis, wanita 51 tahun didenda RM4,000

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hQQm1B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.