Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima, Bandaraya Mexico Antara 10 Bandar Paling Berbahaya Untuk Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima, Bandaraya Mexico Antara 10 Bandar Paling Berbahaya Untuk Wanita



LONDON -- Kajian oleh Yayasan Thomson Reuters baru-baru ini, mendedahkan dua bandar di Amerika Latin iaitu Lima dan Bandaraya Mexico berada dalam senarai sepuluh bandar raya paling berbahaya kepada kaum wanita.

Dua bandar raya berkenaan berada di belakang Kaherah (Mesir), Karachi (Pakistan), Kinshasa (Congo) dan New Delhi (India) yang menduduki tempat teratas senarai.

Kajian dilakukan berdasarkan empat bidang utama iaitu keganasan seksual, akses kepada penjagaan kesihatan, amalan kebudayaan dan peluang ekonomi.

Bandaraya Mexico berada di tangga keempat dalam kategori keganasan seksual.

Pada awal tahun ini, laporan Amnesty International mendapati 14,000 wanita di negara Amerika Latin dirogol setiap tahun.

Menurut pertubuhan itu, jumlah berkenaan hanya mewakili 20 peratus daripada kes sebenar, memandangkan 80 peratus lagi kes tidak dilaporkan.

Meskipun terdapat ribuan kes rogol dilaporkan setiap tahun, namun terlalu sedikit kes yang ditangani oleh sistem perundangan Mexico.

Ibu negara Peru, Lima pula menduduki tempat pertama dalam kategori akses penjagaan kesihatan paling teruk.

Wanita di bandar berkenaan berdepan kesukaran "mendapatkan perkhidmatan kesihatan sempurna termasuk masalah pengguguran yang menyalahi undang-undang".

Sementara itu, London, Tokyo serta Paris disenaraikan sebagai bandar raya paling selamat untuk wanita. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hQBa4P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.