Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi Kenyataan Kamal Adli Tentang Isu Hubungan Bergolak Dengan Emma Maembong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi Kenyataan Kamal Adli Tentang Isu Hubungan Bergolak Dengan Emma Maembong

lagi kenyataan kamal adli tentang isu hubungan bergolak dengan emma maembong

Kredit foto: Instagram Kamal Adli & Instagram Emma Maembong

Aktor Kamal Adli menggesa agar mereka yang yang rapat dengan Emma Maembong supaya tidak menjadi 'batu api' susulan kemelut yang melanda hubungan mereka.

Malah Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli akui isu antara dirinya dan Emma sudahpun selesai dan tidak perlu dibesar-besarkan oleh pihak tertentu.

Aktor itu mendedahkan ada pihak yang tidak senang dengan hubungan mereka.

"Saya harap orang sekeliling janganlah jadi batu api. Kami sudah berbaik dan hubungan ini macam biasa. Masalah antara saya dengan Emma sudah selesai.

"Apa yang berlaku hanya salah faham. Jadi, tak perlu diperbesarkan lagi hal ini. Saya sebagai lelaki cuba perbaiki dan jernihkan keadaan," katanya menurut laporan portal BH Online.

Kamal membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media Anugerah Skrin (ASK) 2017 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, aktor berusia 31 tahun itu enggan lagi mengulas tentang kontroversi berkenaan kerana tidak mahu berlarutan.

"Macam saya cakap tadi, hal ini sudah selesai. Saya tak mahu komen lagi kerana nanti ia akan berlarutan," tegasnya.

Terdahulu, masalah hubungan pasangan Emma dan Kamal berjaya dihidu apabila aktor itu memuat naik kiriman Instagram yang meminta peminat mendoakan yang baik-baik.

Menghangatkan lagi keadaan apabila Emma dalam sebuah kenyataan balasnya meminta media bertanyakan isu yang timbul kepada Kamal dan aktres Zahirah Macwilson.

Gara-gara itu Zahirah dikatakan menjadi orang ketiga dalam perhubungan mereka.

Sumber berita: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yyetdl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.