18 Fakta Kenapa Orang Kidal Special
Seperti diketahui umum, golongan tangan kidal adalah golongan terpilih yang selalu dihujani pelbagai persoalan oleh golongan yang majoriti dominan menggunakan tangan kanan. Dari sudut lain pemikiran, Pernahkah anda terfikir kenapa orang kidal lagi bijak, lebih tinggi, lebih kaya, lebih kacak, lebik hensem/cantik dari golongan tangan kanan? Berikut serba sedikit fakta mengenai golongan tangan kidal ini:
1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok. Sebagai lelaki, fakta ini tidak releven. HAHA*
5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan untuk anda menjadi golongan atasan seperti kami adalah 2% sahaja.
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal. Kucing pun ada kidal, korang ada?
7. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang dengan tangan kanan.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
9. Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.
10. 4 dari 5 designer komputer Mac dilaporkan kidal. Take this!
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.
13. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
14. Jumlah orang kidal pesat meningkat semenjak tahun 1910 (BBC)
15. Mampu melaraskan penglihatan di dalam air lebih cepat
16. Sembuh dari penyakit strok lebih cepat
17. Cenderung mendengar bunyi yang berubah lebih cepat berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan, (Kajian Georgetown University Medical Center)
18. Berfikir lebih baik dan dalam persepsi 3D. Lebih baik dalam multi-tasking.
Well girls, bila nak cari pasangan hidup dan dibuat kahwin carilah seperti golongan kami. Dan kalau boleh, carilah yang berumur 20 – 30 sebab mereka lebih sweet dan manja.
Apa pun, terima kasih sebab sudi baca artikel ini. Double terima kasih kat sesiapa yang baca sambil ketawa, apa nak marah-marah kan. Kalau ada salah di artikel ni, sila betulkan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hPEhdc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment