Lelaki putus kaki, motor terbabas rempuh kereta
MELAKA, 19 Okt ― Seorang lelaki yang putus kaki maut apabila motosikalnya bertembung dengan Perodua Myvi di Kilometer 32 Jalan Kemendor-Selandar, Jasin, pagi tadi.
Ketua polis derah Jasin berkata mangsa M Yuvaraja, 31, ketika kejadian dalam perjalanan ke Kemendor dari arah Jasin gagal mengawal motosikal Yamaha 125Z dan terbabas ke laluan bertentangan.
“Akibat kejadian itu, motosikal mangsa berlanggar dengan Perodua Myvi dipandu wanita berusia 31 tahun,” kata Supt Arshad Abu seperti dilapor Harian Metro.
“Selain mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan patah tangan kanan, kaki kanan mangsa turut putus.”
Katanya pemandu Myvi dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Sementara mayat dihantar ke Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.
Sumber Lelaki putus kaki, motor terbabas rempuh kereta
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gvxxV4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment