Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akhirnya Shafie Apdal Ditahan SPRM. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akhirnya Shafie Apdal Ditahan SPRM.

KOTA KINABALU: Selepas lebih dua minggu penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah dibongkar, bekas menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini.

PRESIDEN Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata penahanan Mohd Shafie, 60, yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dibuat jam 9 malam. 

Beliau ditahan selepas dipanggil ke pejabat SPRM Sabah, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terhadap kes penyelewengan terbabit petang tadi. 

Mohd Shafie tiba di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah itu kira-kira jam 5.15 petang. 

Ahli Parlimen Semporna itu diiringi isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib, ahli keluarga serta beberapa pemimpin Warisan. 

Keterangan Shafie diperlukan kerana penyelewengan dalam agihan projek luar bandar di Sabah itu, dikesan berlaku di antara tahun 2009 hingga 2015, ketika beliau mengetuai KKLW. 

Susulan penahanannya, SPRM dijangka mengemukakan Mohd Shafie kepada Majistret Kota Kinabalu esok, bagi mendapatkan perintah tahanan reman sebelum meneruskan siasatan terhadapnya. 

Keterangan Shafie diperlukan bagi membantu siasatan selepas beberapa individu yang ditahan sebelum ini yang sebahagiannya dipercayai ‘orang tengah’ menguruskan projek tertentu di KKLW dengan syarikat kontraktor di Sabah. 

Mohd Shafie yang memakai kemeja putih sebelum naik ke pejabat SPRM, sempat melambai kepada penyokong dan sekumpulan petugas media yang menunggu sejak jam 3 petang. 

Terdahulu, ketika ditemui media di rumahnya dekat Bundusan, Penampang, Mohd Shafie berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan yang berjalan itu. 

“Kita sedia bantu. Saya sanggup datang dari Kuala Lumpur apabila mereka (SPRM) panggil untuk beri keterangan. Ia proses undang-undang yang perlu kita patuhi. 

“Saya tahu mereka (SPRM) buat kerja. Kita bagi kerjasama untuk siasat secara baik. Sebagai rakyat kita kena patuh kepada undang-undang,” katanya. 

Sebelum itu, kira-kira 200 penyokong Warisan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menunggu ketibaan beliau dari Kuala Lumpur. 

Sebelum ini BH melaporkan, 350 projek KKLW membabitkan 170 projek bekalan air, jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) di sembilan daerah di Sabah membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM7.5 bilion dipantau SPRM. 

Satu daripada projek yang dikenal pasti ialah pembinaan sebuah loji air bernilai RM45 juta di Sungai Intan, Semporna yang tidak dapat berfungsi disebabkan sungai cetek yang mengakibatkan sumber air tidak mencukupi. 

Lebih 50 individu dipanggil memberi kenyataan kepada SPRM sejak kes itu dibongkar, awal bulan ini. 

Sebelum ini, 10 individu ditahan SPRM berhubung kes berkenaan termasuk dua adik Mohd Shafie, iaitu ahli perniagaan Hamid Apdal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal. 

Antara yang ditahan ialah Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony; Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman selain Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim serta terbaharu petang tadi iaitu jurutera awam berusia 47 tahun. 

Mereka bersama tiga lagi individu disiasat berkaitan kes penyelewengan dana awam projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi KKLW di Sabah antara 2009 hingga 2015. - BH ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hPVgfv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.