Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gran Turismo Sport Menyertakan Mod Foto Yang Mengandungi Lokasi-Lokasi Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gran Turismo Sport Menyertakan Mod Foto Yang Mengandungi Lokasi-Lokasi Di Malaysia

Peminat siri permainan Gran Turismo pasti menyukai mod foto yang disertakan bermula dengan Gran Turismo 4 yang dilancarkan di Playstation 2 lepas. Kini, mod foto tersebut kembali untuk permainan Gran Turismo Sport dengan nama mod Scapes Photography, dimana pemain berpeluang untuk merakamkan gambar foto kenderaan-kenderaan pemain di pelbagai lokasi yang menarik seluruh dunia.

Gran Turismo Sport

Antara lokasi yang disertakan di dalam permainan tersebut adalah lokasi-lokasi di Malaysia seperti di Melaka dan di menara berkembar KLCC. Terdapat lapan jumlah lokasi yang pemain boleh gunakan sebagai latar belakang untuk mempamerkan kenderaan-kenderaan tersayang anda dengan pelbagai tetapan fotografi yang pemain boleh lakukan.

Walaubagaimanapun, hanyalah sebahagian sahaja lokasi-lokasi tersebut yang disertakan bersama permainan Gran Turismo Sport. Lebihan lokasi seperti Melaka, memerlukan pemain memuat-turun fail tambahan di Playstation Store yang bersaiz 9GB secara percuma.

Bagi anda yang mempunyai permainan Gran Turismo Sport, jangan lepaskan peluang untuk mempamerkan kenderaan tersayang anda di lokasi-lokasi Malaysia di dalam mod foto permainan tersebut.

Artikel ini diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yxWKmo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.