Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Pakej jari comot’, shell out keluarga amat berbaloi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Pakej jari comot’, shell out keluarga amat berbaloi

Sekumpulan pengunjung kafe My Story Cafe di Shah Alam sedang menikmati makanan laut. ― Foto ihsan Facebook/My Story CafeSekumpulan pengunjung kafe My Story Cafe di Shah Alam sedang menikmati makanan laut. ― Foto ihsan Facebook/My Story CafeSHAH ALAM, 19 Okt ― Penggemar shell out boleh menikmati ‘pakej jari comot’ yang sesuai dinikmati seisi keluarga dengan harga yang cukup berbaloi.

Kafe My Story Cafe menawarkan pakej masakan makanan laut itu untuk dua orang bernilai RM70 hingga RM110 atau empat orang RM180 hingga RM300.

Citarasa tempatan, hasil usaha Asrul Husni Hussain dan isterinya, ia dihidang bersama nasi dan minuman atau pesanan ala carte, lapor Sinar Harian.

Menu yang menggoda pengunjung, ketam nipah bercampur kekapis masak cili, mentega dan bawang putih kerana “manis pedas bercampur aduk dalam mulut”.

Hidangan makanan laut di kafe My Story Cafe di Shah Alam tersedia untuk diratah. ― Foto ihsan Facebook/My Story Cafe Hidangan makanan laut di kafe My Story Cafe di Shah Alam tersedia untuk diratah. ― Foto ihsan Facebook/My Story Cafe Sajian menu berat utama dan menjadi pilihan ramai, antaranya, masakan Barat dan pasta: Grilled Cheezy Chicken Chop, Quarter Chicken Roast, Homemade Grilled Cheezy Burger dan Grilled Cheezy Lamb Chop atau Pasta Carbonara, Aglio Olio dan bolognese.

Menu pembuka selera yang disediakan, antaranya, grill chicken salad, boxing chicken serta minuman sejuk dan panas.

My Story Cafe juga menyediakan ruang untuk anak kecil bermain dan sedia menerima tempahan majlis harijadi atau ulang tahun perkahwinan.

Bagi mengelak menunggu lama, pengunjung wajar membuat tempahan sebelum singgah di No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y Kota Kemuning, Shah Alam.

Ia dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam. Facebooknya My Story Cafe Shah Alam dan pengunjung boleh hubungi 018 777 1468.



Sumber ‘Pakej jari comot’, shell out keluarga amat berbaloi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gROwha

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.