Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Menteri Persekutuan Dipanggil Bantu Siasatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Menteri Persekutuan Dipanggil Bantu Siasatan



KOTA KINABALU – Seorang bekas menteri persekutuan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

Anggota Parlimen berumur 60 tahun itu tiba di pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 5.15 petang.

Beliau yang juga presiden sebuah parti tempatan Sabah tiba di pejabat agensi berkenaan dengan ditemani beberapa peguam dan penyokong partinya.

Sebelum itu, ketika sidang media ringkas di kediamannya, bekas menteri persekutuan itu berkata beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan itu.

“Kita akan bagi kerjasama sepenuhnya untuk mereka siasat. Saya tahu SPRM hanya melakukan tugas mereka. Jadi lakukanlah siasatan dengan baik,” katanya.

Sebelum itu, beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 3.30 petang.

Setakat ini, sembilan individu telah ditahan bagi membantu siasatan SPRM berhubung isu dana berkenaan dan tujuh daripada mereka dibebaskan dengan ikat jamin SPRM manakala seorang lagi masih dalam tahanan reman. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ysVvHJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.