Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kau yang pilih jalan ini Ben..' - Reaksi netizen selepas Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kau yang pilih jalan ini Ben..' - Reaksi netizen selepas Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun

MEDAN, INDONESIA - Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Benjy, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine, April lalu. 
Benjy telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, bersama 4.5 gram dadah jenis methamphetamine yang disorok dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera.
Selain hukuman penjara, Benjy yang kini berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah RM312,539 oleh Mahkamah Daerah Medan. 
Hukuman penjara itu lebih rendah berbanding 14 tahun yang dicadangkan oleh pendakwa raya selain terlepas dari hukuman mati. 
"Kami mengisytiharkan defendan, Benjy, terbukit bersalah dari segi undang-undang kerana memiliki dan mengawal narkotik," kata ketua hakim, Prasetyo Wibowo. 




Sementara itu reaksi netizen di media sosial, meluahkan rasa simpati dan berharap agar Benjy mengambil peluang ini untuk bertaubat. 
"Raut wajah beliau seperti menangis. Sebaknya Ya Allah. Saya tidak membenci tetapi kasihan. Ya Allah, lindungi hambaMu itu. Permudahkanlah hari-hari beliau, sihatkanlah tubuh badannya kembalilah sinar untuk bertaubat. Amin," kata Hamadtuazma Hasan. 
"Apa mampu ku lakukan sahabat, kau sendiri yang memilih jalan ini. Aku sahabatmu, sesungguhnya sedih melihat keadaan dirimu sekarang. Moga kali ini kau menerima hukuman ini sebagai jalan untuk kau bertaubat. 
"12 tahun yang lalu kau adalah sahabat yang amat memahami. Tetapi kau berubah sedikit demi sedikit. Allah Maha Mengetahui. Semoga kau baik-baik saja di sebalik tirai besi negara orang. Take care Ben," kata Deeya Neeya. 



Benjy merupakan anak sulung pelakon lagenda Malaysia, iaitu Allahyarhamah Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser pada 17 Disember 2013. 


Sumber 'Kau yang pilih jalan ini Ben..' - Reaksi netizen selepas Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yso1ZX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.