Kenapa Amerika Syarikat Tidak Haramkan Pemilikan Senjata Walaupun Banyak Kes Tembakan Dilaporkan?
Cuba tanya kenalan atau rakan-rakan anda di Amerika Syarikat. Pasti mereka akan katakan senjata dijual secara terbuka malah juga mudah diperolehi di pasar raya Walmart. Hal ini kerana undang-undang di Amerika Syarikat tidak melarang pemilikan senjata oleh orang awam.
Untuk tahun 2017 sahaja, sudah beberapa kes pembunuhan melalui tembakan dilaporkan di Amerika Syarikat sahaja antaranya kes tembakan di Las Vegas yang membunuh 58 orang.
Dengan kekerapan kes seperti ini yang terjadi setiap tahun, pernahkah anda tertanya-tanya kenapa kerajaan Amerika Syarikat masih tidak mengharamkan pemilikan senjata? Jika banyak tembakan dan pembunuhan oleh orang awam, kenapa tidak melarang sahaja pemilikan senjata api awam? Bukankah itu solusi yang sangat mudah?
Logiknya itulah yang perlu dilakukan malangnya perkara ini tidak berlaku di Amerika Syarikat. Kali ini kami ini berkongsi beberapa sebab kerajaan Amerika Syarikat tidak mengharamkan pemilikan senjata api.
1. Peranan pihak pelobi
Di Amerika Syarikat, National Rifle Association (NRA) adalah sebuah pertubuhan yang pro-senjata api dan lantang menentang sebarang usaha untuk mengharamkan pemilikan senjata api oleh setiap rakyat Amerika Syarikat. Pihak NRA berpendapat pemilikan senjata api penting sebagai alat untuk mempertahankan diri dan mempercayai idealogi "guns don’t kill people, people kill people” yang bermaksud senjata tidak membunuh manusia sebaliknya hanya manusia yang membunuh manusia.
NRA mempunyai ibu pejabat di Virginia dan Washington. Dengan keanggotaan kira-kira 5 juta anggota, organisasi ini banyak memberi bantuan politik dan kewangan kepada ahli politik yang menyokong pemilikan senjata api. Mereka juga aktif menyebarkan propaganda bahawa pemilikan senjata adalah hak asasi seorang rakyat Amerika Syarikat dan pemilikan senjata sebenarnya dapat memudahkan seseorang itu mempertahankan dirinya sendiri.
2. Pembangkang politik
Semasa menjadi Presiden, Barrack Obama adalah antara beberapa pemimpin yang secara terbuka mencadangkan undang-undang mengharamkan pemilikan senjata. Walaupun ramai ahli politik dari parti Demokrat menyokong Obama, ahli-ahli politik daripada parti Republikan menentang keras cadangan itu.
Beberapa cadangan untuk memperketatkan pemilik senjata seperti mewajibkan penyiasatan latar belakang pembeli serta mengehadkan jumlah kapasiti lelopak peluru pernah dicadangkan di parlimen tetapi ianya tidak mendapat sokongan daripada ahli senat. Ahli politik daripada parti Republikan adalah golongan terbesar yang menentang cadangan ini.
Pihak White House juga menyatakan selagi mana ahli parti Republikan menguasai kerusi senat, sebarang usaha untuk memperketatkan undang-undang pemilikan senjata adalah sia-sia dan tidak akan dibincangkan.
3. Kekeliruan mengenai undang-undang Amerika Syarikat
Undang-undang tubuh kerajaan adalah satu undang-undang yang mesti dipatuhi dan tidak boleh dipertikai. Dalam undang-undang negara Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Second Amendment, ada satu frasa yang berbunyi “A well-regulated militia, being necessary to the security of a free state, the right of the people to keep and bear arms, shall not be infringed.”. Ayat "well-regulated militia" ini merujuk kepada pihak tentera dan mereka yang terlatih untuk menggunakan senjata, bukannya merujuk kepada orang awam.
Walau bagaimanapun, pada 1977 pihak NRA yang dikuasai oleh golongan konservatif menyatakan mereka berpendapat sebaliknya. NRA menyatakan ketika undang-undang Second Amendment ditulis, Amerika Syarikat belum mempunyai pasukan askar mereka secara rasmi dan ketika perang, anggota tentera Amerika hanyalah terdiri daripada rakyat biasa. Pada ketika itu juga, kebanyakan rakyat mempunyai senjata sebagai keperluan untuk mempertahankan diri.
Pada 2008, pihak mahkamah tinggi (Supreme Court) menyatakan dakwaan NRA adalah benar dan buat pertama kalinya menyatakan pemilikan senjata adalah dibenarkan berdasarkan Second Amendmant.
Kredit:
- TheNewYorker
- Independent
- WikiPedia
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yTDmmU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment