Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akhirnya Shahir Tarik Diri AF Megastar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akhirnya Shahir Tarik Diri AF Megastar

TERTEKAN dengan tekanan dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pramugari, finalis  AF Megastar, Shahir Zawawi memberi gambaran menarik diri daripada pertandingan itu yang akan berlangsung Ahad ini.

Shahir menerusi Instagramnya memberitahu dia mengambil keputusan itu demi merealisasikan impian pihak yang cuba mensabotaj karier seni dia dengan bertujuan menutup periuk nasinya.

“Tak senang hati nampaknya melihat Allah bagi rezeki pada saya… Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

“Baiklah… Demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan karier saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri dari pentas akhir AF Megastar,” tulisnya.

Keputusannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kontroversi melandanya apabila foto mesranya bersama seorang pramugari dikenali sebagai Mona Syamimi tersebar di Internet sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun Shahir menerusi satu kenyataan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Mona sebaliknya memberitahu wanita itu adalah peminatnya.

Shahir juga memberi kenyataan akan meminang primadona Erra Fazira yang dikaitkan dengannya pada awal tahun hadapan.

Dalam kenyataan balasnya, Mona memberitahu penyanyi tersebut ada menghantar mesej romantik dan seakan-akan memberi harapan kepadanya selain mereka sering menghabiskan masa bersama.

Sementara itu, rata-rata peminat melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Shahir itu dan memintanya terus bertanding.

“Shahir janganlah… Tolonglah… Kalau awak tarik diri sukalah mereka sebab awak cepat sangat mengalah.

“Kasihan la pada peminat yang mengundi. Jangan pentingkan diri sebab ini tidak adil buat peminat,” antara komen peminat di Instagramnya.

Usaha untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung keputusannya itu bagaimanapun tidak berjaya kerana Shahir tidak menjawab panggilan dibuat kepadanya.

Pihak Astro juga terkejut dengan keputusan itu dan tidak dapat memberi ulasan lanjut buat masa ini.

The post Akhirnya Shahir Tarik Diri AF Megastar appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yVbKhm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.