Sabah Tidak Akan Dilanda Taufan Lan
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan Sabah akan dilanda Taufan Lan seperti yang sedang disebarkan oleh orang ramai di media sosial.
MMD dalam satu kenyataan media berkata, Taufan Lan berada di timur Filipina ketika ini dijangkakan akan bergerak ke arah utara iaitu semakin menjauhi rantau negara ini.
“Kesan sampingan taufan ini telah
menyebabkan cuaca lembap berserta angin kencang di barat dan utara Sabah serta Labuan mulai 17 Oktober dan dijangka berterusan sehingga 21 Oktober 2017,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, MMD menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih dari laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, facebook: malaysiamet, twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1-300-22-1MET (1638) – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQJFm2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment