Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Nak Buat, Tiada Rezeki Qody - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Nak Buat, Tiada Rezeki Qody

Penyanyi kelahiran Mentor Milenia 2016 iaitu Qody kecewa apabila single keduanya gagal menjadi lagu tema drama eksklusif TV3 berjudul Dia yang bakal bermula 14 Oktober ini.

Qody, 22, berkata, perkara itu berikutan single berkenaan lewat disiapkan pada tarikh yang diminta oleh pihak produksi drama berkenaan.

“Pada awalnya rancangan untuk jadikan lagu baharu saya sebagai lagu tema utama drama 60 episod itu tapi disebabkan beberapa kekangan menjadikan lagu penyanyi Dayang Nurfaizah diambil sebagai lagu lagu tema drama tersebut.

“Lagu saya lambat disiapkan kerana bapa kepada komposer Ippo Hafiz mengalami masalah kesihatan menyebabkan ada beberapa proses tertangguh,” ujarnya.

Drama bersiri Dia yang dilakonkan oleh Irwansyah, Janna Nick dan Izara Aishah akan mula ditayangkan pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV3.

Qody mengulas tentang perkembangan terbaharu dan single berjudul Dia yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Qody bagaimanapun berkata, lagu berkenaan masih digunakan dalam drama tersebut.
“Tidak mengapa saya anggap tiada rezeki sahaja. Lagipun ia masih tetap digunakan dalam drama itu,” ujarnya.

Sementara itu, Qody berkata, dia juga berharap lagu berkenaan bakal mendapat tempat dalam industri muzik tanah air.

Katanya, ia merupakan percubaan keduanya selepas keluar dari program realiti Mentor Milenia setahun lalu.

The post Apa Nak Buat, Tiada Rezeki Qody appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVIn9K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.