“Bahagia Melihat Kalian” – Erra Fazira
MENERUSI satu foto yang dimuat naik di Instagram, pelakon Erra Fazira berterima kasih kepada aktres Laudya Cynthia Bella.
Erra berkata dia senang melihat kehidupan baharu anak tunggalnya, Engku Aleesya yang bahagia bersama ibu tirinya itu.
“Bahagia melihat kalian bahagia. Bonda (Bella) jemput Aleesya, maaf Mom belum bersiap tapi sempat juga nak bergambar.
“Terima kasih bonda kerana buatkan puteri kami bahagia,” tulis Erra menerusi akaun @errafazira.
Kemesraan yang ditunjukkan pelakon filem Maria Mariana itu turut mendapat perhatian netizen yang memuji keakrabannya dengan aktres popular Indonesia itu.
Malah, ada yang memuji sikap kedua-dua wanita cantik ini sebagai contoh yang baik untuk masyarakat di luar sana.
“Alhamdulillah, ibu yang baik buat Aleesya, semoga Aleesya membesar sebagai anak yang membahagiakan ibu bapanya dunia akhirat,” tulis @wendywinda.
“Dua wanita yang boleh menjadi inspirasi ramai orang. Semoga sentiasa dilimpahi kebahagian buat Erra dan Bella,” kata @i.dinaapamungkas pula.
“Untung Aleesya dapat dua ibu yang sangat penyayang dan mempunyai hati yang mulia,” komen @silviastainley.
Aleesya, 8, merupakan anak tunggal Erra Fazira hasil perkahwinan dengan usahawan Engku Emran.
Terdahulu, Engku Emran bernikah dengan Laudya Cynthia Bella di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 8 September lalu.
The post “Bahagia Melihat Kalian” – Erra Fazira appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x6eSCm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment