Bayi perempuan baru lahir dibuang ibu bapanya kerana dia bukan jantina lelaki
INDIA - Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan dihurungi semut di dalam sebuah beg plastik yang dibuang di dalam tong sampah, lapor Daily Mail.
Polis Bhopal percaya, bayi berkenaan mungkin telah dibuang oleh ibu bapanya kerana bayi itu bukan jantina lelaki seperti yang diharapkan.
Mangsa ditemui oleh orang awam, Dheeraj Rathore, yang kebetulan melalui kawasan itu dan terdengar suara tangisannya di dalam tong sampah, awal pagi Sabtu lalu.
"Saya berjalan berhampiran tong sampah itu dan terdengar suara tangisan bayi. Bila diperiksa, alangkah terkejutnya saya apabila ternampak kepala seorang bayi baru dilahirkan itu terjojol keluar dari beg plastik merah di dalam tong sampah.
"Ketika ditemui, kepala dan seluruh badannya dihurungi semut," katanya.
Rathore segera menghubungi dua rakannya yang kemudian datang membantu membersihkan bayi itu dan membalutnya dengan kain sebelum dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Kakitangan hospital berkata, keadaan bayi berkenaan kritikal dan beratnya 1.5 kilogram, berbanding berat bayi normal antara 2.2 kilogram hingga 3.9 kilogram.
Selain itu, terdapat beberapa kesan lebam dan tanda pada badan mangsa itu yang menunjukkan tanda-tanda penderaan.
Polis kini sedang menyiasat dan cuba mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
Sumber Bayi perempuan baru lahir dibuang ibu bapanya kerana dia bukan jantina lelaki
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x10Ba7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment