Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Datuk Terlajak Laris Kedekut Nak Mampus” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Datuk Terlajak Laris Kedekut Nak Mampus”

Entahlah orang kita ini, kadang-kadang cakap tidak bertapis langsung. Kalau mahu dikecam, kecam terus. Tidak salah sekiranya bertanyakan secara baik atau pun bersabar menunggu kenyataan daripada empunya badan. Turut terkena tempias ialah Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berikutan rancangan realiti televisyen tajaannya tidak memberikan hadiah buat tempat kedua dan seterusnya.

BACA: Tak Faham Inggeris, Aliff Syukri Marah Caprice

Komen yang mengecam Aliff itu dikongsikan sendiri di akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun, di sebalik cacian itu ada juga yang bersabar menantikan kenyataan sebenar daripada pihak jutawan kosmetik tersebut.

“Aku sponsor berjuta-juta okay. Hak hadiah semua bukan hak saya. Suka-suka korang je nak kutuk saya kedekutlah bagi hadiah pada seorang pemenang je lah. Kau ingat AF tu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Tu rancangan Astro”

“Ingat bila kita sponsor kita boleh buat suka-suka ke apa yg kita nak? Nak naik stage pun kena minta kebenaran. Saya ni bayar berjuta ya untuk sponsor jadi kalau korang tak tau baik korang diam jer,” luah Aliff.

Sementara itu, menerusi mStar Online, peserta lain turut mendapat hadiah serta elaun mingguan.

Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris memberitahu bahawa semua selebriti yang menyertai pertandingan tersebut bukanlah bertanding secara percuma.

“Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu. Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar. Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah,” terangnya.

Bukankah bagus jika kita sabar menanti penjelasan daripada pihak sepatutnya. Sudahlah tidak tahu apa-apa, mahu kecam terus pula. Jadilah pengguna laman sosial yang bijak dan tidak bertindak secara melulu. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y2bUyj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.