Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas isteri Amirul Hadi fail 4 pertuduhan termasuk hak penjagaan dan nafkah anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas isteri Amirul Hadi fail 4 pertuduhan termasuk hak penjagaan dan nafkah anak


Bekas isteri pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Amirul Hadi memfailkan empat tuntutan termasuk hak penjagaan dan nafkah anak tunggal mereka, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Hanita Halid, 26, yang juga bekas gimnas negara memfailkan permohonan hak jagaan anak mengikut Seksyen 81(1); nafkah anak mengikut Seksyen 72(1)(2); mutaah mengikut Seksyen 56 dan nafkah edah mengikut Seskyen 59(1) semuanya di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Semua tuntutan itu difailkan pada 23 Februari lalu.

Pemain bola sepak itu atau nama sebenarnya Amirul Hadi Zainal, 31, bagaimanapun tidak hadir pada sebutan kes terbabit.

Hanita hadir bersama peguam syarie Muhammad Zawawi Jalaludin dan Muhammad Amirul Ashraf Ab Ghani.

Muhammad Amirul ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, memaklumkan kes yang disebut di hadapan Penolong Pendaftar Nur Safiza Zainal Abidin ditangguh pada 27 November depan.

Beliau berkata, pada tarikh itu mahkamah ingin melihat maklum balas secara bertulis daripada Amirul Hadi selaku defendan dalam permohonan berkenaan.

“Ini berikutan pihak defendan sudah menerima saman dan penyata tuntutan pada Jun lalu.

“Bagaimanapun tiada sebarang balasan dan penyataan secara bertulis dibuat defendan hingga hari ini,” katanya.

Amirul Hadi dan Hanita berkahwin, 1 Mei 2015 dan bercerai pada 6 Oktober 2016. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Pada 1 Januari lalu Amirul Hadi yang pernah mewakili skuad kebangsaan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita berasal dari Johor.

 

Sumber: BH Online



Sumber Bekas isteri Amirul Hadi fail 4 pertuduhan termasuk hak penjagaan dan nafkah anak

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zMLKC3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.