Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Baru Berusia 10 Hari Alami Ketumbuhan Seperti Belon Besar Di Muka.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Baru Berusia 10 Hari Alami Ketumbuhan Seperti Belon Besar Di Muka..


FILIPINA- Seorang bayi yang baru berusia 10 hari dilahirkan dengan ketumbuhan yang besar di mukanya dan perlu dibedah dengan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

Bayi itu, Angelica Hail Heachanova, berasal dari Filipina. Ketumbuhan itu semakin membesar dan kini ia kelihatan seperti sebiji belon yang melekat di mukanya itu.


Ibu bapanya kini berharap agar doktor dapat mencari jalan bagi menyelamatkan nyawa anak mereka dan pada masa sama mengharapkan supaya ketumbuhan itu berhenti daripada terus membesar.


Bayi itu kini menerima rawatan intensif dan dipantau 24 jam di hospital.

Menurut bapanya, Rufino, 44, ketika Angelica dilahirkan, dia dan isterinya menyangka masalah yang dialami oleh anak mereka itu dapat diatasi dengan segera.

Bayi Alami Ketumbuhan Seperti Belon Besar Di Muka

“Malangnya ketumbuhan itu semakin membesar dan doktor juga tidak dapat menghentikannya,” katanya.

Rufino berharap agar anaknya itu dapat pulang ke rumah namun disebabkan ketumbuhan berkenaan, bayi itu terpaksa dimasukkan ke hospital sejak hari pertama dia dilahirkan.

Doktor kini menjalankan pelbagai ujian ke atas bayi terbabit dan sampel kulitnya juga telah dihantar ke makmal untuk diperiksa.


Apa yang dibimbangi ialah jika ketumbuhan itu dibuang, ia akan menyebabkan Angelica kehilangan banyak darah namun jika tidak dirawat, mereka bimbang ketumbuhan itu akan pecah.

Buat masa ini doktor tidak dapat melakukan pembedahan sehingga mereka tahu apa sebenarnya penyakit berkenaan.







✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xinXIn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.