Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki didakwa cuba cabul dan culik kanak-kanak perempuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki didakwa cuba cabul dan culik kanak-kanak perempuan

KUALA LUMPUR - Viral video seorang lelaki ditangkap dan dipukul oleh penduduk kerana didakwa cuba mencabul dan menculik seorang kanak-kanak perempuan. 
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam di flat Cheras Ria, Taman Cheras itu semalam, lelaki yang bukan penduduk di kawasan itu cuba mencabul dan menculik kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. 
Individu yang memuat naik video kejadian di Facebook, Noh Koris, berkata, kejadian itu berlaku pada anak jirannya dan sehingga kini masih berada dalam keadaan trauma. 
"Anak jiran saya trauma dan menangis-nangis," katanya. 
Berdasarkan video, seorang penduduk menjelaskan kepada suspek bahawa penduduk di situ mendakwa dia mengacau seorang kanak-kanak perempuan.
Tetapi menurut suspek, dia baru saja menghidupkan enjin dan menunggang motosikalnya namun ditolak sehingga terjatuh dan luka di lutut kaki kiri. Malah menjelaskan enjin motosikalnya masih belum panas, bagi membuktikan kata-katanya itu. 


Sementara itu, lelaki di hadapannya berkata, dia tidak memukul suspek dan meminta suspek menunggu kanak-kanak berkenaan turun dan menjelaskan keadaan sebenar. 
"Budak tak tipu punya. Orang tua baru tipu punya. You tunggu, you tunggu itu budak mari. Haa.
"Kalau tidak aa, takkan dia punya bapak dia pukul sama lu. Kalau tidak, takkan saya mari hentam sama lu. Sekarang ini saja, you takda mengaku, ini kena, makan sama lu," katanya. 
Suspek bagaimanapun meminta lelaki itu usah mengambil tindakannya sendiri dan bawa kes itu ke balai. 
Dalam video kedua, ibu dan mangsa kemudian dibawa menghampiri suspek bagi mengesahkan dakwaan itu. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber Lelaki didakwa cuba cabul dan culik kanak-kanak perempuan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iwHl1C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.