Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada pampasan kren haji tumbang? Menteri tunggu Arab Saudi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada pampasan kren haji tumbang? Menteri tunggu Arab Saudi

Kren projek pembinaan di sekeliling Masjidil Haram yang tumbang akibat ribut pada 12 September 2015. Insiden ini mengorbankan lebih 100 jemaah haji. — Foto ReutersKren projek pembinaan di sekeliling Masjidil Haram yang tumbang akibat ribut pada 12 September 2015. Insiden ini mengorbankan lebih 100 jemaah haji. — Foto ReutersPUTRAJAYA, 24 Okt — Kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji akan mendapatkan kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi lanjutan daripada keputusan Mahkamah Agung Arab Saudi berhubung insiden kren runtuh di Masjidil Haram pada 2015, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Kerajaan akan memaklumkan kepada waris-waris jemaah apabila menerima kenyataan (kerajaan Arab Saudi) itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jamil Khir, Lembaga Tabung Haji dimaklumkan melalui laporan media Arab Saudi (Saudi Gazette) bahawa Mahkamah Agung Arab Saudi telah memutuskan insiden kren runtuh itu bukan disebabkan kecuaian manusia.

Dengan keputusan sedemikian, syarikat pembinaan yang terlibat tidak perlu membayar sebarang bayaran diyyah (ganti rugi) kepada waris atau mangsa insiden tersebut.

Dalam kejadian pada 11 September 2015, kren yang digunakan untuk projek peluasan Masjidil Haram tumbang menyebabkan 180 jemaah haji maut manakala 238 cedera.

Daripada jumlah itu, tujuh jemaah haji Malaysia meninggal dunia manakala 12 lagi cedera. — Bernama



Sumber Tiada pampasan kren haji tumbang? Menteri tunggu Arab Saudi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h45t8v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.