Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilik enggan kembalikan wang deposit, penyewa sabotaj rumah sewa dengan 'ulat' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilik enggan kembalikan wang deposit, penyewa sabotaj rumah sewa dengan 'ulat'

CHINA - Awal bulan Mei yang lalu, seorang lelaki di Guangxi menyewa rumahnya kepada satu pasangan warga asing di mana kedua-dua pihak bersetuju yang tempoh sewaan paling minimum adalah setahun. 
Lima bulan pertama, segalanya baik-baik sahaja sehinggalah bulan lepas, pasangan itu tiba-tiba memaklumkan kepada pemilik rumah yang mereka mahu berpindah keluar dan menuntut wang deposit mereka dipulangkan. 
Memandangkan pasangan berkenaan telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui, pemilik rumah mengambil keputusan untuk menahan deposit mereka. 
Tindakan pemilik rumah itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati pasangan berkenaan, lalu merancang untuk membalas dendam. Mereka berpindah keluar dari rumah itu, tetapi dengan sengaja 'meninggalkan sesuatu' di rumah tersebut. 
Tidak beberapa lama kemudian, jiran-jiran di sekitar mula mengadu terhidu bau yang kurang menyenangkan dipercayai datang dari rumah sewa itu. Bertindak di atas aduan, pemiliknya datang untuk memeriksa rumah dan terkejut apabila melihat keadaan rumahnya. 
Pasangan berkenaan telah mensabotaj rumahnya sebelum berpindah keluar dengan membeli beberapa ekor ikan dan diletak di sinki, peti ais, pasu bunga, almari dan juga siling. 





Hampir seluruh rumah itu berbau busuk dengan ulat di merata-rata tempat. Peti ais juga dipenuhi dengan ulat menyebabkan pemiliknya tiada pilihan lain dan terpaksa membuangnya. 
Lebih menyedihkan, pemilik rumah tidak dapat mencari mana-mana pekerja pembersihan yang sanggup membersihkan rumahnya kerana ramai yang menolak untuk melakukannya. 
Difahamkan, pasangan berkenaan telah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dicari. Sementara itu netizen pula meluahkan rasa marah dengan tindakan pasangan berkenaan yang tidak bertanggungjawab dan menyarankan pemiliknya membuat laporan polis. 
"Jelas sekali mereka menjahanamkan harta awak. Laporkan saja kepada pihak berkuasa dan jangan biarkan mereka terlepas!" kata netizen. 
Sumber: Oriental Daily, World of Buzz


Sumber Pemilik enggan kembalikan wang deposit, penyewa sabotaj rumah sewa dengan 'ulat'

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z2ojXX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.