‘Wisma Tok Guru milik Amanah, kami ada surat pemilik asal’
Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim mencabar Pemuda PAS mendedahkan butiran perjanjian jual beli Wisma Tok Guru seperti didakwa parti Islam itu.
PETALING JAYA: Amanah yakin dapat mempertahankan Wisma Tok Guru di Salor, Kelantan daripada dirampas PAS kerana mendakwa mereka mempunyai kebenaran bertulis daripada pemilik asal tanah berkenaan.
Keyakinan itu disuarakan Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim berdasarkan prinsip ekuiti yang diamalkan negara ini.
“Berdasarkan prinsip ekuiti, Amanah Kelantan telah menduduki tanah tersebut dengan kebenaran tuan punya asal, malah mendapat kebenaran bertulis daripada penama tanah dan tuan punya asal tanah tersebut.
“Tidak berbangkit isu kenapa Datuk Husam Musa (Adun Salor) tidak memulakan saman ke atas pemilik tanah baharu kerana pada asasnya prinsip ekuiti digunakan sebagai perisai (a shield not a sword).
“Amanah Kelantan bukanlah menduduki Wisma Tok Guru seperti setinggan. Bahkan, jika ianya setinggan sekalipun, tuan punya tidak berhak menghalaunya melainkan dengan mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wisma Tok Guru menempatkan pejabat Amanah Kelantan dan adun Salor daripada parti serpihan PAS itu. Bangunan itu menjadi rebutan apabila Setiausaha Kerja PAS Kelantan, Mohamad Yasin Yusof dikatakan membeli tanah bangunan itu daripada waris pemiliknya, Datuk Rosli Ibrahim.
Bagaimanapun, Husam yang juga naib presiden Amanah berkata, Rosli menerusi surat menyerahkan tapak bangunan itu untuk kegunaan beliau sampai bila-bila.
Kelmarin, kekecohan tercetus apabila sekumpulan penyokong Pemuda PAS memasang bendera di bangunan itu, tetapi dihalang Pemuda Pakatan Harapan yang menyifatkannya “provokasi”.
Mengulas lanjut, Anwar mencabar Pemuda PAS mendedahkan butiran perjanjian jual beli Wisma Tok Guru seperti didakwa parti Islam itu.
“Lazimnya, bagi pembelian setinggi RM700,000 ianya akan diperincikan dalam satu perjanjian jual beli. Perjanjian jual beli itu pula akan memperincikan kaedah pembayaran dan kaedah penyerahan kosong sesuatu hartanah.
“Jika pembeli mendapati hartanah itu didiami orang lain, maka sebelum baki wang pembelian dibayar sepenuhnya, penjual perlu memastikan tanah itu benar-benar kosong dan tiada isu yang masih tergantung di mahkamah.
“Dalam hal ini, kami difahamkan terdapat pertindihan tuntutan oleh waris tanah tersebut.”
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mencabar Husam membawa tindakan Pemuda parti Islam itu memasang bendera di luar Wisma Tok Guru, ke mahkamah.
Katanya, tindakan Pemuda PAS itu dianggap betul dari segi undang-undang, jika Husam tidak berbuat demikian.
“Kami tidak datang dengan sumpah seranah, tidak datang dengan provokasi. Hanya sekadar memasang bendera di luar bangunan yang sudah sah menjadi milik kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNL01d
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment