“Husband I Handsome Di Mata I”, Eina Azman Bidas Netizen Pertikai Jodohnya
Perkahwinan Eina Azman dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Haiden menarik perhatian ramai orang kerana ia perkahwinan interrasial. Ia juga kerana Kaiser seorang hartawan dan kehidupan Eina dilihat begitu mewah setelah perkahwinan itu dan kini dia dikurniakan sepasang anak kembar campuran yang comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Namun begitu terdapat jejari nakal menulis komen di laman sosial yang mendakwa Eina hanya berkahwin dengan Kaiser kerana kekayaan lelaki itu, sedangkan Kaiser bukanlah seorang yang kacak.
Malah, terdapat blog yang menulis mengenai kajian bahawa ‘wanita cantik lebih bahagia berkahwin lelaki kurang kacak’. Walaupun ia kajian umum, sesetengah penulis blog menggunakan gambar Eina dan suaminya sebagai contoh yang diperkatakan.
Melalui Instagram Live, Eina telah membuat luahan mengenai individu yang dianggap mempertikaikan jodohnya. Menurut Eina, individu yang mengata tidak tahu menahu apa yang berlaku dalam hidupnya dan tidak sepatutnya menghakimi kehidupannya. Rakaman siaran langsung itu boleh ditonton di bawah:
Menurut Eina, walaupun ada yang mengatakan suaminya seiras Ebby Yus dan juga membangkitkan soal bangsa dan warna kulit suaminya, di matanya suaminya ialah seorang yang kacak. Bagi Eina, Netizen tidak tahu apa-apa mengenai kehidupannya dan perkahwinannya dan Netizen tidak perlu menjaga tepi kainnya.
Ada juga yang mengatakan Eina hanya kelihatan cantik kerana mempunyai wang. Namun begitu Eina mengatakan dia kelihatan cantik kerana dia berusaha kelihatan cantik. Wang yang banyak tidak berguna jika tiada apa-apa usaha untuk mencantikkan diri.
Eina juga memberitahu dia menyediakan sendiri barang-barang keperluan suami dan anak-anaknya sekiranya mereka hendak bercuti. Malah dia juga menyediakan bahan-bahan untuk dimasak sendiri sebelum mempunyai pembantu rumah. Suaminya hanya menyediakan pembantu rumah setelah dia melahirkan anak kembarnya, kerana dia tidak menang tangan.
Sebenarnya, bagi penulis, apa yang diperkatakan oleh Eina ada benarnya. Mungkin juga Netizen tidak ada kerja lain menghakimi kehidupan orang lain. Bagi penulis, mudah saja. Jika orang bahagia, kita gembira untuknya. Barulah hidup kita akan jadi ceria.
Sumber: beautifulnara.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjgTeG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment