Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sudah Tujuh Tahun Jadi Thor, Chris Hemsworth Semakin Selesa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sudah Tujuh Tahun Jadi Thor, Chris Hemsworth Semakin Selesa

Hampir empat tahun menunggu, peminat akhirnya akan kembali bertemu dengan adiwira Thor menerusi intilasi ketiga adaptasi dari komik marvel itu berjudul, ‘Thor: Ragnarok’. Ini sekaligus menjadi tahun ke tujuh pelakon utamanya Chris Hemsworth sebagai Thor.

Bintang kelahiran Australia ini mengakui dia banyak melalui perubahan sepanjang tujuh tahun menghidupkan karakter Thor malah dia berpeluang bekerja di bawah arahan sutradara berbeza-beza.

“Saya sudah menjiwai karakter ini selama tujuh tahun, yang maa di satu sisi sudah seperti bertahun-tahun lalu tetapi kadangkala saya rasa seperti baru kelmarin kami menjalani penggambaran filem pertama,” tuturnya seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Mengimbas kenangan saat memulakan penggambaran filem pertama dahulu, pelakon berusia 34 tahun ini akui dia sangat kerana Thor merupakan besar pertama dalam kariernya

“Saat itu aku di bawah arahan Ken Branagh, dan beliau sangat luar biasa. Beliau menyuntik mood Shakespeare ke dalam filem itu ditambah dengan sejarah sekaligus berjaya membawa cerita komik menjadi nyata. Tidak ramai orang yang mampu melakukan itu,” tuturnya.

Thor mula ditayangkan pada tahun 2011 kemudian disusuli dengan sekual, Thor: The Dark World yang ditayangkan pada November 2013.

Manakala ‘Thor: Ragnarok’, Chris Hemsworth dipertemukan dengan sutradara Taika Waititi. Filem kali ini bakal memaparkan pergeseran karakter yang sangat signifikan dibanding filem Thor terdahulu.

“Film ini mengalami pergeseran karakter terbesar dan cara penceritaannya juga berubah. Semuanya digarap berdasarkan penglihatan Taika dan selera humornya, sikapnya, dan keinginannya untuk terus bereskplorasi.

“Kevin Feige dan pihak Marvel ingin melihat seberapa jauh kami mampu melakukannya. Jadi filem ini menjadi filem yang paling menyenangkan yang pernah saya jalani”, katanya.

Filem Thor: Ragnarok dijadualkan ditayangan di Amerika Syarikat mulai 3 November depan.

The post Sudah Tujuh Tahun Jadi Thor, Chris Hemsworth Semakin Selesa appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ivmbkq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.