Hotwav Symbol S3 – Klon iPhone X Dari China, Menjalankan Android
Terdapat pelbagai klon produk asli yang dihasilkan dari China, dan terkini, salah satu syarikat dari China telah menghasilkan telefon pintar klon menyerupai iPhone X – dinamakan sebagai Hotwav Symbol S3.
Hotwav Symbol S3 ini hadir dengan rekaan ronggak pada bahagian atas seumpama iPhone X, selain rekaan peranti keseluruhan yang lebih kurang sama. Telefon pintar ini menggunakan skrin 6-inci, dijana menggunakan cip MediaTek, memori 2GB RAM, serta menjalankan sistem operasi Android 8.0.
Pada bahagian belakang, ia turut menggunakan dwi-kamera gabungan 13MP+2MP, selain kamera hadpaan 5MP+2MP.
Walaupun membawakan rekaan ronggak seumpama iPhone X, tetapi ia tidak memakan bahagian skrin. Sebaliknya, skrin diposisikan pada bahagian bawah – membuatkan kedudukan bahagian ronggak adalah lebih kepada gimik, selain menawarkan peranti dengan rekaan seumpama iPhone X semata-mata.
Buat masa ini, harga jualannya tidak diumumkan lagi. Tetapi, boleh dikatakan ia akan jauh lebih murah berbanding harga iPhone X yang mencapai lebih RM5k di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gDuom6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment