Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shahir Akan Tunai Janji Melamar Erra Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shahir Akan Tunai Janji Melamar Erra Tahun Hadapan

Shahir Akan Tunai Janji Melamar Erra Tahun Hadapan

Shahir jadi tumpuan wartawan di sidang media AF Megastar. (Pic: Alexander Hadreez Jr.)

Ibarat semut menghurungi gula, begitulah situasi yang dapat digambarkan apabila finalis AF Megastar, Shahir dikerumuni media yang mendambakan kenyataannya berhubung kontroversi membabitkan dirinya dengan seorang wanita bernama Mona Syamimi yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengannya.

Ini adalah kali pertama pemilik nama Ahmad Shahir Zawawi ini berdepan dengan wartawan selepas kontroversi itu tercetus.

Dalam keadaan tenang, terang Shahir, ada sebab mengapa dia lebih selesa mengunci mulut dan enggan memberi kenyataan balas terhadap apa yang dikatakan wanita berkenaan.

Berdiam beri tumpuan pada konsert.

“Kalau ikutkan, memang saya mahu mempertahankan diri tetapi ramai yang menasihatkan saya supaya saya mendiamkan diri dan lebih menumpukan perhatian terhadap persiapan konsert akhir. Terus-terang, memang rasa terganggu apabila telefon saya tidak henti-henti berdering ketika isu itu sedang hangat diperkatakan.

“Saya juga manusia biasa dan bila perkara sebegini terjadi, perasaan marah tentu ada. Tak tahulah apa niatnya bila dia berbuat begitu. Tapi tak mengapa kerana orang luar boleh menilai sendiri apa yang berlaku,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Kontroversi itu menjadi semakin panas apabila Mona nekad mendedahkan hubungannya dengan penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu bukanlah seperti yang didakwa Shahir iaitu antara artis dan peminat. Sebaliknya mereka lebih dari seorang kawan berdasarkan mesej cinta yang diterimanya selain sering keluar bersama.

Pinjam duit satu fitnah.

Situasi itu mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini Shahir mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan Erra Fazira. Dengan pendedahan wanita berstatus ibu tunggal tentunya membuatkan ramai yang menyangka Shahir cuba berlaku curang.

Ditanya apakah benar isu ini timbul ada kaitan dengan tindakannya yang pernah meminjam wang wanita yang bertugas sebagai peramugari itu, Shahir dengan pantas menafikan perkara itu.

“Itu semua adalah fitnah,” tegasnya ringkas.
Janji lamar Erra tahun hadapan.

Bagi membuktikan yang cintanya hanyalah untuk Erra dan bukannya wanita lain, Shahir tetap akan menunaikan janjinya untuk melamar pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu itu tahun depan. Malah, Shahir turut mendakwa Erra memahami apa yang berlaku selepas dia memberikan penjelasan.

“Hubungan kami masih baik. Dengan pihak itu (Mona) saya tiada kena mengena, saya masih dengan orang yang sama (Erra) dan kami tiada masalah. Saya sudah bercakap dengan Erra tentang apa yang berlaku dan Alhamdulillah dia pun memahami.
Lagipun Erra sendiri seorang anak seni dan sudah tentu dia lebih faham tentang asam garam bergelar seorang artis,” terang penyanyi berusia 28 tahun ini.

Lagu menyentuh perasaan.

Mengenai dakwaan dia cuba meraih simpati apabila menitiskan air mata ketika mendendangkan lagu Mama Jangan Pergi di pentas akhir, AF Megastar, Shahir menepis dakwaan yang dia cuba berdrama. Sebaliknya kata Shahir, perasaannya tersentuh kerana terkenangkan ibunya tatkala menyanyikan lagu hasil ciptaannya itu.

“Lagu itu sebenarnya sangat menyentuh hati saya lebih-lebih lagi bila liriknya menyentuh mengenai ibu. Seboleh mungkin saya cuba untuk tidak mengalirkan air mata kerana tak mahu menganggu persembahan saya tapi akhirnya mengalir juga air mata saya,” kata bekas juara AF8 ini.

Selain lagu Mama Jangan Pergi, Shahir turut menyanyikan lagu Tapi Bukan Aku yang dipopularkan kumpulan Indonesia, Kerispatih.



Sumber Shahir Akan Tunai Janji Melamar Erra Tahun Hadapan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zLDfqR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.