Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polisi Kerajaan New Zealand Dijangka Akan Terus Melemahkan Matawang NZD - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polisi Kerajaan New Zealand Dijangka Akan Terus Melemahkan Matawang NZD

Dolar New Zealand adalah matawang paling banyak bergerak berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Selasa. Kiwi (NZD) jatuh ke paras terendah lima bulan lalu berbanding US dolar selepas kerajaan baru New Zealand menyenaraikan polisi mereka.

Awal hari ini kita melihat lonjakan oleh matawang NZD pada mulanya pukul 10 pagi tadi selepas majlis tandatangan perjanjian kerajaan gabungan Parti buruh-Green party dan First Party. 

Bakal Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memberi isyarat perancangan beliau yang termasuk menaikkan gaji minimum. Kenaikan gaji minimum ini telah melonjakkan matawang NZD pada mulanya dan matawang Kiwi melemah secara mendadak akbat daripada polisi yang tidak menentu.

Kerajaan baru New Zealand menegaskan sekali lagi komitmen mereka untuk mengurangkan imigran dan menghalang warga asing membeli hartanah. Polisi ini dilihat tidak mesra terhadap pelaburan asing dan imigran.

Apa yang menjadi kebimbangan pelabur adalah perancangan untuk menilai semula dan mengubah mandat bank pusat dengan memasukkan sasaran pekerjaan di samping sasaran kestabilan inflasi RBNZ (Reserve Bank of New Zealand). Ini juga adalah satu ketidaktentuan dari segi kebebasan bank pusat dalam menggubal polisi.

Apabila kerajaan baru New Zealand mahu mengubah mandat ini, sebenarnya ia menyebabkan ketidaktentuan dalam polisi monetari bank pusat dan juga kebebasan institusi ini.

Buat masa ini NZD dijangka lebih cenderung untuk bergerak ke bawah dalam jangka masa panjang dengan faktor fundamental semasa ekonomi New Zealand.

Walaubagaimanapun, jika kerajaan baru menukar fikiran dan membiarkan bank pusat bebas menggubal polisi monetari dan mengawal pasaran kewangan, NZD dijangka akan mengukuh semula.

 

Dapatkan buku analisis fundamental & teknikal di sini!

 

The post Polisi Kerajaan New Zealand Dijangka Akan Terus Melemahkan Matawang NZD appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yKCMGW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.