Fadhilat besar mengerjakan solat sunat wudhu' serta membaca doa selepas berwudhu'
Diriwaytatkan oleh Uqbah bin Amir r.a., bahaw abeliau terlah terdengar Rsulullah saw sewaktu beliau baru tiba ke dalam satu majlis diadakan:
Ertinya, “ Sesiapa di natrara orang Islam yang berwudh' dan menghalusi wudhunya, kemudian beliau mngerjakan solat dua rakaat denganhatidna angggita yang khyusuk melaksanakannya mka wajiblah baginya untuk mendapayt syurga”.
Dan sabdanya juga, “Sesiapa di antara kamu yang berwudhu' dan menghalusi wudhunya, kemudian membaca doa, ' Asyhadu Allaa Ilaha Illallah, Wa Anna Muhammadan Abduullah Warasulluhu”, Maka dibukakan ekpafanya lapan pintu -pinyu syurga dan akan dimasukkannya daripada mana yang sukai”
-(HR,Imam Musliam)
Semoga kita beramal dengan amalan ini setiap klai berwudhu' dan mengharapkan keredhaan dan syurga yang paling tinggi di akhirat. Dengan amalan yang sangat mudah, tetapi boleh mendapat ganjaran yanag amat besar. Insya Allah !
Yang penting, kita perlu berusaha untuk melaksanakan sesuatu amalan tersebut dengan penuh yakin dan kita akan menerima balasan Allah yang tidak terhingga. Semoga Allah memeberikann taufiq dan hidayahNya untuk mengamalkan tiap-tip kali selepas mengambil wuwdhu'
Pastikanlah bahawa masa berwudhu' kita menyempurnakan wudhu' dengan membasuh angggota yang wajib dibasuh dan meneympurnakan sunat-sunat wudhu.
-------------
Wudhu' adalah wajib untuk mengerjakan ibadah sembahyang. Tanpa wudhu ibadah sembahyang tidak sah. Oleh itu umat Islam adalah diwajibkan untuk berwudhu bagi menjamin kesempurnaan ibadat sembahyang yang dilakukan. Di dalam hal ini, Allah Subhanahu wata’ala telah berfirman dalam surah Al-Mâidah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudulah) iaitu basuhlah muka kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali."…
(Surah al-Mâiddah: 6)
Rasulullah Saw., telah menunjukkan cara-cara berwudhu yang sempurna dan mempunyai berbagai fadhilat apbila diamalkan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Syaidina Othman bin Affan R.a, beliau meminta air untuk berwudhu maka ia berwudhu dengan membasuh dua tapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur; kemudian mencuci mukanya tiga kali kemudian mencuci tangan kanannya hingga siku tiga kali, kemudian mencuci tangan kirinya seperti itu, kemudian membasuh kepalanya, kemudian membasuh kakinya kanan hingga pergalangan kaki tiga kali dan kaki kirinya tiga kali seperti itu, Kemudian beliau berkata:
"Aku telah melihat Rasulullah saw, berwudhu seperti wudhuku ini. Kemudian Rasulullah Saw, bersabda: "Sesiapa yang berwudhu seperti wudhuku ini, kemudian mendirikan sembahyang dua rakaat, tidak terjadi sesuatu yang di antaranya, diampunkan ke atasnya apa-apa dosa yang terdahulu".
(Hadis riwayat Muslim)
Sayidina Othman bin ‘Affan juga pernah menceritakan bahawa beliau berwudhu dan berkata:
"Saya melihat Rasullullah saw, berwudhu seperti wudhuku ini kemudian Baginda bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang berwudhu sedemikian maka diampunkanlah untuknya dosa-dosa yang telah lalu dan sembahyang serta jalannya ke masjid adalah sunnah hukumnya."
(Hadis riwayat Muslim)
Wudhu yang disyariatkan ini hendaklah dilakukan dengan sempurna dan mengikut tertibnya agar amalan ini dapat memberi manfaat kepada kita bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga sebagaimana maksud hadis ini:
"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu, barang siapa di antara kamu hendak memperpanjangkannya (menambah cahaya), maka baiklah dia melakukannya dengan sempurna."
- (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabdanya lagi yang bermaksud:
"Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai ke tubuh seseorang mukmin, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wudhu (di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula perhiasan yang akan diperolehinya di syurga"
"Tabiat air ialah memadamkan api. Begitu juga wudhu dapat memadamkan api kemarahan. Oleh itu Rasullullah saw berpesan kepada umatnya supaya berwudhu ketika dalam keadaan marah sebagaimana hadis Baginda yang bermaksud:
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu."
- (Hadis riwayat al-Imam Ahmad)
Kita juga disunatkan supaya sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu bukan sahaja ketika hendak mengerjakan sembahyang tetapi juga di waktu-waktu lain kerana Rasulullah saw, sentiasa di dalam wudhu dan pernah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."
Di dalam sebuah hadis yang lain daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bermaksud:
"Sesungguhnya Rasulullah saw. apabila hendak tidur selepas berjunub, maka Baginda mengambil wudhu seperti wudhu sembahyang kemudian barulah Baginda tidur."
- (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh sebab itu, bagi orang yang berjunub pada malam hari dan hendak menangguhkan mandinya pada keesokkan pagi (waktu Subuh), disunatkan baginya mengambil wudhu sebelum masuk tidur, supaya tidak terjauh daripada rahmat Allah dan sentiasa dalam pemeliharaanNya di sepanjang malam itu.
Demikianlah di antara beberapa amalan Rasulullah Saw, dan fadhilat-fadhilat wudhu yang telah dijelaskan melalui hadis Baginda.
Selamat menjalani ibadat dan menabdikan dirikepada Allah swt.
Sumber : http://ift.tt/2gBXVwF
✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h6RLSm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment