Kemalangan bas kilang: Saya menggeletar lihat mayat bergelimpangan
Demikian luahan salah seorang mangsa yang terbabit dalam insiden kemalangan di Kilometer 147 (KM 147) Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Plaza Tol Juru, pagi Selasa.
Nur Shakirah Ishak, 40, berkata dia sempat menyelamatkan diri apabila berjaya keluar melalui pintu belakang bas, sebelum ternampak banyak mayat bergelimpangan di atas jalan raya.
Katanya, ketika kejadian, bas yang mereka naiki dalam perjalanan dari Parit Buntar, Perak ke tempat kerja di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
"Sebelum kejadian saya sedang tidur dan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat."Pemandu bas naik ke atas bas dan mengarahkan penumpang untuk keluar melalui pintu belakang," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Seberang Jaya di sini.
Nor Shakirah cedera di bahagian mata kiri dan beberapa anggota lain, dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di HSJ.
Nor Shakirah antara mangsa yang terselamat dalam kemalangan dua buah bas kilang yang mengorbankan lapan pekerja kilang wanita warga Indonesia dan seorang warga tempatan dikenali sebagai Noriah Kasa, 40.
Dalam kemalangan jam 6 pagi itu, bas yang membawa pekerja kilang Sony terdiri daripada warga Indonesia dan Nepal telah berhenti di lorong kiri kerana mengalami kerosakan enjin sebelum dilanggar bas membawa pekerja tempatan dari Parit Buntar menuju di Bayan Lepas. di sini.
Seramai 44 penumpang bas dilaporkan cedera dengan sembilan daripadanya cedera parah. Tujuh lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, salah seorang anak mangsa kemalangan, Zarul Hasiq Zuriani Dzulfizan, 12, berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan ibunya, Noriah ketika wanita itu datang melawat di Madrasah Darul Furqan Sungai Rusa, Balik Pulau Sabtu lepas.
Anak bongsu daripada tiga adik beradik itu kelihatan tenang ketika ditemui media dan memberitahu dia menerima berita kematian ibunya pagi tadi daripada kakak.
"Sabtu lepas ibu pesan jaga diri. Arwah ibu juga bawa makan dan membeli makanan keperluan untuk simpan sampai Sabtu ini," katanya.
Zarul Hasiq berkata, dia akan belajar bersungguh-sungguh memandangkan ia merupakan kehendak arwah ibunya yang mahu dia belajar di sekolah tahfiz.
Sumber Kemalangan bas kilang: Saya menggeletar lihat mayat bergelimpangan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yLrP8o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment