Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri
Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.
Siti, 38, menerusi posting di Instagram miliknya mengucapkan syukur atas kurniaan tersebut.
"Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini.
"Ini merupakan satu penghormatan kepada saya. Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.
"Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya," tulisnya.
Foto Siti Nurhaliza sedang menerima darjah kebesaran tersebut turut mendapat ratusan komen peminat yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut.
Malah, penyanyi lagu Segala Perasaan ini juga menganggap kurniaan ini sebagai rezeki ketika dia sedang hamil empat bulan.
"Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza," katanya.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 101 penerima.
Sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk.
Sumber Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xkpxcV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment