Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konsert rock dalam taman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konsert rock dalam taman

‘Never Too Late To Be A Rockstar’ inilah tema digunakan Prime Domestic yang akan bergandingan dengan band heavy metal terkenal, XPDC dalam Konsert Public Distortion 2017 pada 9 Disember ini.

Oasis Square yang terletak di tengah pusat komersial Oasis Damansara, Petaling Jaya yang boleh memuatkan 5,000 peminat menjadi pilihan untuk konsert ini.

Selama tiga jam, peminat yang hadir akan merasai gegaran daripada barisan pemuzik profesional yang sememangnya dikenali peminat dunia seni tempatan.

Prime Domestic yang diterajui Joe (gitar) menampilkan Aweera sebagai penyanyi, Hillary Ang (gitar), Fauzi (bass) dan Ainoll (dram), manakala XPDC yang diterajui Izo (gitar) pula menampilkan Ali sebagai penyanyi, Eddie (bass) dan Lola (dram) berjanji akan menampilkan satu gegaran muzik hebat yang pasti akan dikenang peminat yang hadir.

Joe berkata, dengan keadaan persekitaran lokasi yang dipilih, konsep persembahan yang ditampilkan nanti bagaikan dalam taman.

“Di sini juga terdapat kolam renang, tetapi ia akan dikeringkan bagi membolehkan peminat untuk menonton serta memberikan maksud sebenar definasi ‘rock garden’.

“Terdapat juga ‘roof top’ yang boleh dijadikan tempat menonton dan saya melihat ia boleh mewujudkan suasana santai yang sesuai untuk sekeluarga. Mereka akan selamat kerana berada dalam pagar keselamatan,” katanya.

Menurutnya, tiada siapa yang pernah memikirkan untuk menggunakan lokasi ini bagi penganjuran konsert rock tetapi dia dan penganjur J&J Rochestra serta Life Scape mahu menukarnya menjadi ‘town of rock’.

Mengulas mengenai lagu yang bakal disampaikan, Joe berkata, Prime Domestic akan membawakan lagu-lagu daripada album sulung mereka yang berjudul Prima Domestika.

“Saya sebenarnya lebih suka merahsiakan lagu-lagu yang bakal dimainkan. Biarlah peminat hadir sendiri dan menikmati lagu di luar jangka yang dipilih.

“Yang pasti lagu ini tak akan membosankan peminat. Berkenaan lagu-lagu daripada Wings pula, saya tak perlu ulas pun perkara itu kerana semua peminat Wings tahu siapa yang gubah lagu-lagu dalam album mereka dan saya berhak untuk mainkan lagu-lagu itu,” katanya.

Joe menjanjikan kesempurnaan dan tidak berkompromi berkenaan aspek sistem bunyi dan kualiti pencahayaan yang bakal ditampilkan dalam Konsert Public Distortion 2017 nanti.

“Saya bekerja dalam kalangan mereka yang profesional dalam bidang masing-masing. Mereka sudah 15 tahun bersama saya dan tahu buat kerja.

“Aspek pencahayaan dan kualiti bunyi sangat saya pentingkan kerana nak peminat pulang dengan penuh kepuasan selepas menonton,” katanya.

Joe turut mengambil inisiatif bekerjasama dengan perkhidmatan Grab bagi memudahkan peminat hadir ke Oasis Square dan juga mendapat diskaun.

Peminat yang hadir berkereta pula tidak perlu bimbang kerana lokasi itu mempunyai lebih 4,000 tempat letak kereta.

Sementara itu, Ali yang mewakili XPDC amat berbesar hati dipilih Prime Domestic untuk terbabit dalam konsert yang julung kali dianjurkan ini.

“Seingat saya kali terakhir kami beraksi di ibu kota untuk persembahan di Dataran Merdeka pada awal tahun lalu.

“XPDC banyak terbabit dengan undangan di luar Kuala Lumpur antaranya di Sabah dan Sarawak. Justeru, kesempatan ini akan dipergunakan sebaiknya untuk menghiburkan peminat yang hadir nanti,” katanya.

Konsert Public Distortion 2017 akan bermula pada jam 9 malam dan menelan kos sebanyak RM500,000.

Harga tiket bermula daripada RM68 dan boleh dibeli dalam talian.

The post Konsert rock dalam taman appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xkgV5I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.