Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suspek kes bunuh Jong-nam menangis di klia2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suspek kes bunuh Jong-nam menangis di klia2

Warga Indonesia Siti Aishah, suspek utama kes pembunuhan Kim Jong-nam dibawa ke tempat kejadian di klia2 hari ini. — Foto BernamaWarga Indonesia Siti Aishah, suspek utama kes pembunuhan Kim Jong-nam dibawa ke tempat kejadian di klia2 hari ini. — Foto BernamaSEPANG, 24 Okt — Tertuduh warga Indonesia dalam kes pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menangis semasa melawat tempat kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)  di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu media bahawa Siti Aisyah, 25, mengadu sesak nafas dan menangis ketika melawat hab pengangkutan di hadapan kaunter teksi di Tingkat 1, selepas 45 minit melawat lokasi kejadian.

“Siti Aisyah tiba-tiba beritahu dia sesak nafas. Baju (jaket kalis peluru) itu berat dan keadaan pun agak sesak, jadi mungkin sebab itu dia tiba-tiba sesak nafas,” katanya.

Wan Shaharuddin berkata pihak pendakwaan kemudiannya memohon disediakan kerusi roda untuk kedua-dua tertuduh iaitu Siti Aisyah dan  Doan Thi Huong, 28, warga negara Vietnam bagi  memudahkan  prosiding lawatan di tempat kejadian.

Siti Aisyah kemudiannya  ditenangkan oleh peguamnya dan pasukan keselamatan.

Wan Shaharuddin berkata lawatan hari ini adalah untuk mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  yang ditayangkan di Mahkamah Tinggi semasa perbicaraan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad berkata lawatan itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melihat laluan yang digunakan oleh kedua-dua tertuduh dan mangsa.

“Ini kerana kedua-dua tertuduh dan mangsa menggunakan laluan berbeza pada hari kejadian,” katanya.

Lawatan dimulakan pada 9.45 pagi dengan melihat lokasi berhampiran kedai serbaneka yang dipercayai tempat Doan bersembunyi sebelum menyapu sesuatu kepada orang awam, dua hari sebelum kejadian bunuh itu.

Prosiding lawatan itu diteruskan dengan meninjau kios daftar masuk di Balai Pelepasan, di Tingkat 3, di mana Kim Chol dipercayai disapu racun VX.

Mereka juga meninjau tandas perempuan di tingkat sama di mana Doan telah pergi ke tandas itu selepas kejadian bunuh itu didakwa berlaku.

Lawatan itu kemudiannya diteruskan ke Klinik Perubatan Menara, yang berada di Tingkat 2, klia2, di mana Kim Chol mendapatkan rawatan selepas dipercayai  disapu dengan racun VX.

Mereka  juga meninjau di kaunter teksi, di Hab Pengangkutan, Tingkat 1, yang mana kedua-dua tertuduh pergi ke tempat itu selepas kejadian.

Lawatan itu berakhir selepas lebih tiga jam dan perbicaraan akan bersambung di Mahkamah Tinggi esok.

Hampir  300 anggota keselamatan termasuk 200 anggota  pasukan petugas khas jenayah terancang (stafoc) Bukit Aman mengawal ketat sesi lawatan itu.

Kedua-dua wanita warga asing itu  didakwa bersama empat orang lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol di klia2 pada  9 pagi, 13 Februari lalu.

Mereka  didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. — Bernama



Sumber Suspek kes bunuh Jong-nam menangis di klia2

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zA9k3F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.