Cadang naik harga rokok RM50 sekotak
Kerajaan dicadangkan menaikkan harga rokok sehingga RM50 sekotak dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu usaha membendung gejala dadah membabitkan remaja dan belia.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf mencadangkan kenaikan harga tersebut bagi menjadikan rokok sebagai satu barangan mahal dan tidak mampu dibeli sehingga menyebabkan remaja dan belia sukar mendapatkannya.
Beliau berkata, berdasarkan pengalaman dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah, anak luar nikah dan virus HIV mendapati, rokok menjadi asas kepada masalah-masalah dan gejala sosial itu menjadi punca beberapa masalah kesihatan.
“Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya selepas program Sembang Bajet Utusan Online di sini baru-baru ini.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Cadang naik harga rokok RM50 sekotak
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zyAFU3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment