Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'

GARA-GARA kerap diberi rating yang rendah, sekumpulan pemandu perkhidmatan Uber dan Grab bertindak memboikot pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi yang dikatakan 'banyak songeh'.

Dalam satu luahan yang tular di laman sosial sejak semalam, seorang pemandu mendakwa terkilan apabila rating yang rendah diberikan pelajar atas alasan mereka menggunakan kereta buatan tempatan.

Semuanya bermula selepas seorang pengguna Facebook yang juga pemandu perkhidmatan Uber dan Grab, menerima rungutan daripada pelajar sebuah universiti awam yang mendakwa sukar mendapatkan pemandu  di kawasan kampus.

Selepas diselidik, rupa-rupanya ia berpunca daripada sikap pelajar itu yang kerap memberikan rating yang rendah kepada pemandu, dan lebih mengecewakan rating yang rendah diberi berdasarkan kereta yang digunakan.

Luahan seorang pemandu yang rancak dikongsi di laman sosial.
"Saya tanya, dia kerap bagi satu bintangkah? Katanya dia dan rakan-rakan beri rating paling tinggi empat bintang sebab kereta Honda Civic baru.

"Kalau kereta nasional, semua satu bintang. Kereta Grab atau Uber Almera pun dapat dua bintang sebab tak glamor," tulis pemandu berkenaan.

Susulan daripada luahan itu, beberapa pemandu lain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama, dengan menyasarkan pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam yang terletak di utara tanah air.

"Ambil pelajar di kawasan kampus universiti itu menjadi punca rating keseluruhan saya jatuh," tulis seorang pemandu, Mohd Izzuwan.

"Saya pernah diberi rating satu bintang walaupun saya tak minta bayaran, memandangkan jarak lokasi yang dituju itu sangat dekat.

"Tapi demi tugas, saya ambil juga. Terkilan apabila akhirnya dia beri saya satu bintang saja," luah seorang lagi pemandu, Haidir Adi Amin.

Luahan para pemandu itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen, khususnya para pelajar sendiri. Rata-ratanya meminta golongan pelajar yang cerewet ini agar menghentikan perbuatan mereka kerana kesannya akan dirasai orang lain juga.

"Perbuatan anda menyebabkan pengguna lain tak dapat menggunakan Grab dan Uber pada waktu terdesak. Tolong jangan mementingkan diri," tulis Aizani Karmila.



Sumber Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h5VEXI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.