Kasihan...Lelaki ini terpaksa buang air di dalam gerabak keretapi kerana...
24 Oktober 2017
Jack Finnie (Foto: Daily Mail)
EDINBURGH - Mengantuk dan tertidur ketika naik keretapi memang lazim dilakukan. Namun biasanya seseorang akan tetap siaga atau terbangun ketika keretapi berhenti agar tidak melewatkan tujuan pemberhentiannya. Entah kerana terlalu ngantuk atau letih, seorang lelaki di GB ini terperangkap di dalam keretapi kerana tertidur.
Lelaki yang merupakan seorang penggemar bolasepak berasal dari Edinburgh itu, Jack Finnie terkejut setelah membuka mata. Dia terbangun dalam keadaan gelap, dan setelah mendapatkan fokusnya barulah Finnie menyedari yang dirinya berada di sebuah gerabak keretapi yang kosong.
Finnie terperangkap dalam perjalanan pulang setelah ia menyaksikan pertandiang bolasepak dari kelab kegemarannya. Menyedari bahwa dirinya terjebak, Finnie kemudian melakukan berbagai usaha untuk dapat keluar. Pertama-tama, Finnie mencuba menekan tombol darurat. Namun usahanya sia-sia kerana seluruh sistem di gerabak telah mati.
Setelah itu, ia mencuba untuk mengambil palu untuk memecahkan kaca. Sayangnya ia hanya boleh memecahkan kotak kaca tempat penyimpan palu, Finnie pun tak berdaya. Waktu pun terus berlalu hingga akhirnya lelaki malang itu merasakan panggilan alam. Sedar tak ada tandas di gerabak itu, Finnie akhirnya memilih buang air kecil di gerabak .
Ia kemudian membuang air kecil ke dalam sebuah tempat sampah. Beruntung, setelah bersabar, seorang petugas stesyen nampak berjalan melintas di dekat gerabak tempatnya terperangkap. Ia pun langsung memukul kaca dan berteriak minta tolong. Kali ini usaha Finnie berbuah manis dan lelaki itu kemudian membantunya keluar dari keretapi.
Selama terjebak, Finnie mengabadikan usaha untuk keluar dari keretapi dengan teleponnya yang kemudian dibagikan melalui Facebook. Melansir Daily Mail, Selasa (24/10/2017), unggahan berupa video milik Finnie itu telah dilihat lebih dari 215 ribu kali. Sementara itu, pihak perkeretaapian Inggeris mengaku akan menyiasat insiden yang cukup kocak ini.
Meski telah terbebas, dalam postingannya, Finnie sempat menyatakan kasihan dengan petugas yang nanti akan membersihkan urinnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yHeC0y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment