Dr Mahathir, Jangan Kelepet Orang Muda – Pemuda UMNO KL
Kesuraman perhimpunan anti-kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan (PH) semalam membuktikan rakyat negara ini terutama generasi muda adalah generasi yang berfikir dan tidak boleh diperdaya dengan sewenang-wenangnya.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Muhammad Rafii menegaskan rakyat Malaysia menolak perhimpunan itu kerana sudah muak tindak tanduk politik bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan beliau bersih.
Dalam nada menyindir beliau menyifatkan perkataan kleptokrasi bermaksud ‘kelepet’ seperti mana perlakuan Dr Mahathir yang didakwa menggunakan kuasanya ketika menjadi Perdana Menteri apabila menghabiskan duit rezab negara untuk dilaburkan dalam pemerdangangan mata wang asing atau forex pada tahun 90an dahulu.
“Macam mana orang nak percaya, dulu dia semua tahu tapi sekarang semua dia tak ingat dan tak tahu. Sebab tu sekarang Dr Mahathir kehilangan penyokongnya begitu juga PH.
“Dia sendiri menunjukkan dirinya sebagai kegagalan, apabila ditanya padanya jawapan yang diberikan adalah tak tahu, tak ingat saya minta maaf, itulah berulang kali dia berkata,” tegasnya.
Razlan berkata demikian di Padang Merbuk Kuala Lumpur, hari ini.
Tambahnya lagi, kegagalan perhimpunan itu memikat kehadiran 100,000 berbanding hanya sekitar 8,000 yang hadir membuktikan gaya politik Dr Mahathir ditolak.
“Generasi muda hari ini tidak mahu Dr Mahathir mengkelepet sekali lagi. Jangan kelepet orang muda,” tegas Razlan.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gH2bri
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment