Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ed Sheeran Kemalangan, Mungkin Batal Konsert Jelajah Asia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ed Sheeran Kemalangan, Mungkin Batal Konsert Jelajah Asia

ed sheeran kemalangan mungkin batal konsert jelajah asia 1

Kredit foto: justjaredjr.com

Penyanyi Ed Sheeran memaklumkan dia mungkin akan membatalkan beberapa persembahan selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan sewaktu berbasikal.

Pendedahan itu dibuat di laman Instagram dengan kapsyen berbunyi, "Saya mendapat kemalangan kecil dan kini sedang menunggu nasihat perubatan yang mungkin akan menjejaskan beberapa persembahan saya akan datang."

ed sheeran kemalangan mungkin batal konsert jelajah asia 2

Kredit foto: Instagram Ed Sheeran

Menurut laporan Daily Mail, penyanyi lagu Thinking Out Loud itu mengalami kemalangan di London dua hari lalu (Ahad).

Mengikut jadual, Sheeran bakal melakukan persembahan di Taipei, Ahad ini sebagai permulaan konsert jelajah Asia yang turut melibatkan negara Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand dan India.

Malah siri konsert itu turut dirancang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu.

Sheeran merupakan antara penyanyi paling laris di dunia ketika ini. Album terkininya, Divide memecah rekod Spotify apabila dimainkan oleh 57 juta pendengar pada hari pertama disiarkan, yang mana kira-kira dua kali ganda jumlah rekod tertinggi yang tercatat sebelum ini.

Penyanyi yang mengumpul pengalaman menyanyi di jalanan dan bar itu mula mendapat perhatian arus perdana menerusi lagu The A Team.

Sumber berita: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ytNZLS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.