Hi! Welcome Back and Stay Tune! Henti pelaburan GLC, GLIC di Myanmar tidak capai matlamat utama - Reezal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Henti pelaburan GLC, GLIC di Myanmar tidak capai matlamat utama - Reezal

KUALA LUMPUR: Tindakan menghentikan operasi semua syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) di Myanmar tidak akan memberi kesan positif kepada matlamat menghentikan krisis penghapusan etnik Rohingya di negara itu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan, Malaysia akan membuat kajian, sekaligus tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan tersebut.

"Kerajaan pada umumnya tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan kerana ia membabitkan perkara-perkara yang merupakan pelaburan syarikat tersebut.

"Kalau syarikat itu bersifat swasta, tentu ia ditentukan swasta (bukan Kerajaan). Kita buat kajian. Kalau tindakan bersifat unilateral, kadang kala tidak beri impak positif kepada hasil yang kita nak capai.

"Satunya, kita hendak pastikan, dalam keadaan apa pun, kita masih ada ruang untuk bantu masyarakat Rohingya. Ada kalanya kita mengambil tindakan, tetapi pada masa sama, kita mahu apa yang dihasratkan tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada sesi pertanyaan lisan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalan tambahannya, Dr Wan Azizah bertanya sama ada kerajaan akan memberhentikan semua pelaburan GLC dan GLIC di Myanmar berikutan krisis pembantaian etnik Rohingya.



Sumber Henti pelaburan GLC, GLIC di Myanmar tidak capai matlamat utama - Reezal

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2it6r1i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.