Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaedah kaunseling kurangkan pelajar dibuang sekolah - Mahdzir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaedah kaunseling kurangkan pelajar dibuang sekolah - Mahdzir

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan mencari jalan bagi mengurangkan jumlah pelajar yang dibuang sekolah akibat masalah disiplin, baik di peringkat menengah mahu pun rendah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun jumlahnya kecil, pendekatan positif perlu diambil terutama oleh Unit Kaunseling di setiap sekolah.

“Pada tahun ini, daripada 5.1 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara, hanya 442 pelajar dibuang sekolah.

“Kebanyakan daripada mereka yang mempunyai masalah disiplin mengalami masalah keluarga, tetapi kementerian masih mencari jalan, apa yang perlu dilakukan oleh guru sekolah, pegawai dan masyarakat dalam menanganinya.

“Apa pun tindakan yang kita ambil, kalau boleh jangan akhirnya dibuang sekolah, kerana kaunseling diperlukan di peringkat awal, kalau mahu mereka berada di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Selain itu, jelas Mahdzir lagi, Jabatan Pendidikan di setiap negeri juga sedang dalam proses mengenal pasti pelajar bermasalah sama ada di kawasan luar bandar atau bandar.



Sumber Kaedah kaunseling kurangkan pelajar dibuang sekolah - Mahdzir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z1ZmvR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.