Inflasi UK Capai Paras Tertinggi 5 Tahun Lalu Pada Bulan September
Indeks harga pengguna (CPI) meningkat kepada paras 5 tahun tinggi pada bulan September pada hari ini.
Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan UK (ONS) kadar CPI meningkat sebanyak 3.0% berdasarkan kiraan tahunan pada bulan lepas berbanding peningkatan 2.9% pada bulan Ogos.
Bacaan peningkatan 3.0% sejajar dengan unjuran jangkaan dan merupakan bacaan tertinggi sejak musim luruh 2012.
Berdasarkan kiraan bulan, CPI meningkat sebanyak 0.3% pada bulan September, sejajar dengan bacaan anggaran, namun sedikit rendah berbanding bulan Ogos yang mencatat bacaan 0.6%.
Menurut ONS, faktor utama yang mendorong kenaikan CPI adalah disebabkan kenaikan harga makanan, barang rekreasi dan kenaikan harga pengangkutan.
CPI Teras (core CPI) yang tidak mengambil kira makanan,tenaga, alkohol dan tembakau juga meningkat sebanyak 2.7% pada bulan lepas sejajar dengan bacaan jangkaan dan bacaan pada bulan Ogos.
Indek harga runcit (RPI) meningkat 3.9% pada bulan September, tidak berubah dengan kenaikan pada bulan Ogos. Namun penganalisis menjangkakan kenaikan 4.0%.
Indek harga runcit (RPI) berdasarkan kiraan bulan meningkat hanya 0.1 % berbanding 0.7% pada bulan Ogos dan sedikit tersasar daripada bacaan jangkaan iaitu 0.3% kenaikan.
RPI Teras (core RPI) meningkat 4.1% setahun pada bulan September, tidak berubah berbanding bacaan bulan Ogos dan sedikit tersasar dari jangkaan yang mejangka kenaikan 4.2%.
The post Inflasi UK Capai Paras Tertinggi 5 Tahun Lalu Pada Bulan September appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ifo2tJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment