Kaki Tumbuh Di Belakang Anak Lembu
BEIJING: Tular satu rakaman video yang menunjukkan seekor lembu dengan kaki kelima tumbuh di belakangnya ditemui di Zhanjiang, China.
Dalam video yang diambil pada 24 September lalu, jurukamera dilihat memegang anggota badan tambahan haiwan itu bagi membuktikan ia benar-benar melekat sepenuhnya pada belakang lembu berkenaan.
Lembu itu kini dilaporkan menjadi tarikan pelancong selepas orang ramai berpusu-pusu ke bandar itu untuk melihat keanehannya.
Haiwan itu dipercayai mengalami sejenis keadaan dikenali sebagai polimelia iaitu keadaan yang jarang berlaku yang melihat anggota badan tambahan terbentuk.
Menurut National Geographic, keadaan itu sangat luar biasa dan dianggarkan kurang daripada empat dalam setiap 100,000 anak ternakan baru lahir mengalaminya.
Namun, ia bukan yang pertama dilahirkan demikian rupa. Pada April lalu, seekor anak lembu di Qinlong County, menjadi tajuk utama kerana turut dilahirkan dengan kaki tambahan.
Malah dalam kejadian itu, anak lembu berkenaan ‘membawa’ anggota badan kembarnya yang tidak terbentuk sepenuhnya di belakangnya.
Kecacatan itu disebabkan pemisahan telur yang tidak sempurna dan kebarangkalian untuk ia berlaku hanya kurang daripada tiga peratus, menurut People’s Daily. – Agensi/myMetro Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2id96fM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment