Kofi Annan gesa ratusan ribu Rohingya kembali ke Myanmar
Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan, semalam, menggesa Majlis Keselamatan mendesak ratusan ribu etnik Islam Rohingya yang melarikan diri susulan kempen tentera supaya pulang ke Myanmar.
Annan, yang mengetuai suruhanjaya penasihat kepada kerajaan Myanmar, berkata kuasa dunia perlu bekerjasama dengan tentera negara itu dan pemimpin awam untuk menamatkan krisis pelarian.
Majlis Keselamatan menimbang tindakan, kemungkinan resolusi membentangkan tuntutan, tetapi diplomat berkata China, penyokong bekas pemerintah junta Myanmar dan Russia menentang langkah itu.
“Saya harap resolusi yang diputuskan menggesa kerajaan menekankan dan mewujudkan keadaan yang membolehkan pelarian kembali dengan harga diri dan rasa selamat.
“Mereka tidak sepatutnya dikembalikan ke kem. Mereka patut membantu membina semula,” kata Annan kepada wartawan selepas mesyuarat tertutup dengan agensi itu.
Lebih 500,000 etnik Rohingya masuk ke Bangladesh sejak Ogos lalu, melarikan diri daripada operasi tentera di Rakhine, yang disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik.
Myanmar berkata, mereka menghapuskan militan Rohingya susulan serangan ke atas pos polis lewat Ogos lalu. – AFP
Sumber: BHplus
Sumber Kofi Annan gesa ratusan ribu Rohingya kembali ke Myanmar
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gbSQqU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment