KRT kurangkan jenayah di Kelantan
KOTA BHARU: Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di setiap kampung mampu membendung dan mengurangkan kadar jenayah di Kelantan.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, KRT mampu membantu polis membasmi jenayah, selain memupuk kerjasama antara penduduk kampung.
"Dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, jenayah di Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 40 kes atau 1.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Kota Bharu menjadi daerah paling tinggi menyumbang kes jenayah terutama membabitkan kecurian motosikal.
"Justeru, kita memerlukan pertolongan ahli KRT di semua daerah bagi membendung kegiatan ini. Kita percaya ia dapat diatasi dengan adanya kerjasama semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis perasmian program Jom Ronda 1 Malaysia Peringkat Kelantan di Pusat Aktiviti KRT di Jalan Bayam, di sini, malam tadi.
Majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) itu turut dihadiri Pengarahnya, Salasiah Hashim dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Rohayu Ahmad.
Pada masa sama, Din berharap golongan muda menyertai KRT bagi menjaga keselamatan kampung dan membantu pihak polis.
Sumber KRT kurangkan jenayah di Kelantan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yooFY1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment