Mangsa Banjir Di Kota Belud Meningkat
KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara di daerah Kota Belud meningkat kepada 453 orang daripada 170 keluarga setakat pagi ini.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, daripada jumlah berkenaan, 181 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Agama Tun Said manakala 272 orang daripada 106 keluarga lagi di Dewan Masyarakat Tun Said.
Sementara itu, menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, terdapat 17 buah kampung di daerah Kota Belud kini terjejas banjir berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Menurut kenyataan berkenaan, pihak bomba akan terus memantau perkembangan banjir di daerah Kota Belud dan sentiasa bersedia melaksanakan proses pemindahan apabila diperlukan. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gUb157
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment