Hi! Welcome Back and Stay Tune! Duterte Ajak Malaysia, Indonesia Letupkan Lanun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Duterte Ajak Malaysia, Indonesia Letupkan Lanun


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, meminta pemimpin Malaysia dan Indonesia membasmi lanun habis-habisan selepas memenangi perang menentang Abu Sayyaf dan militan Maute di Marawi.

Kenyataan Duterte itu dibuat dua hari selepas beliau mengisytiharkan Marawi di selatan Filipina ‘bebas daripada pengganas’ selepas pertempuran lima bulan dengan Abu Sayyaf dan Maute, termasuk menyebabkan kematian pemimpin kedua-dua kumpulan.

Abu Sayyaf banyak melakukan penculikan untuk wang tebusan, termasuk dari kapal yang berlayar di perairan Malaysia, Indonesia dan Filipina sehingga mencetuskan kebimbangan rantau ini menjadi seperti Somalia.

“Letupkan saja mereka agar laluan perkapalan sentiasa selamat. Cukuplah aktiviti lanun di situ dan wang tebusan yang mereka kutip.

“Saya baru selesai perang (di Marawi), mungkin selepas ini boleh memfokuskan pasukan bersenjata kami menghapuskan masalah ini (lanun) selama-lamanya,” katanya dalam ucapan ketika forum membabitkan pemimpin serta diplomat Asia Tenggara di Manila.

Perang di Marawi meragut lebih 1,000 nyawa dan mengakibatkan 400,000 penduduk di pindahkan.

Menurut Duterte, walaupun ancaman militan di Marawi semakin reda, namun laluan perkapalan di rantau ini, terutama di Selat Melaka, masih belum selamat,

Filipina, Malaysia serta Indonesia melancarkan rondaan udara dan air untuk menangani ancaman berkenaan.-AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2in4hjZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.