Hi! Welcome Back and Stay Tune! “PAS Kelantan nafsunya tinggi, syahwatnya tinggi tetapi kemampuan tidak ada” – Mustapa Mohamed - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“PAS Kelantan nafsunya tinggi, syahwatnya tinggi tetapi kemampuan tidak ada” – Mustapa Mohamed

PAS ibarat individu yang mempunyai nafsu syahwat tinggi tetapi tidak mampu untuk mentadbir Kelantan, kata Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, sepanjang 27 tahun mentadbir negeri itu, PAS gagal mengotakan janjinya yang pernah dibuat kepada rakyat.

“Pada tahun 1990 dia (PAS) kata nak bagi RM100 kepada rakyat warga emas, tapi sekarang hampas pun tak ada. Maknanya janji kosong.

“Nak buat lebuh raya 73 kilometer, ada majlis perasmian cukup besar dan letak batu asas. Kemudian kutip (derma) tabung akhirnya entah ke mana.

“Nafsunya tinggi, syahwatnya tinggi tetapi kemampuan tidak ada,” kata Mustapa ketika menjadi ahli panel program Bicara Minda dan Dialog Perjuangan For All di Kok Lanas, Kota Bharu, malam tadi.

Anggota Parlimen Jeli itu mengulas matlamat Umno mengambil-alih Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas gagal menawan negeri itu sejak 1990.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, belum pernah dalam sejarah Malaysia, parti pembangkang dapat bertahan dalam tempoh begitu lama seperti PAS di Kelantan.

Bagaimanapun katanya, rakyat Kelantan bertuah kerana menerima bantuan dan peruntukan besar daripada kerajaan pusat terutama untuk pembangunan luar bandar.

“Kalau lama ada jasa, orang puas hati tak ada masalah (dengan PAS). Tetapi, kami berpendapat BN lebih mampu untuk membawa perubahan di Kelantan dan berkhidmat untuk rakyat,” kata Mustapa.

Justeru katanya, BN perlu menawan kembali Kelantan agar negeri Cik Siti Wan Kembang itu tidak terus ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gbbAXE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.